Saturday, November 22, 2008

Yang Esa

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus
hingga ke penghujung. ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.


Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat.......
Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku



IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?




Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.




Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).




Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?




Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.




Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.




Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

Cerita Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya berkata tentang cerita cinta. Saya telah ditanya apakah cara yang boleh digunakan untuk menarik cinta datang kepada kita.

Saya agak terkejut juga menerima email yang sebegitu. Ok, untuk Anda yang masih single (termasuk saya .. huhu) saya kongsikan beberapa tips untuk menarik cinta datang pada Anda.

1. Jujur, Tulus Dan Ikhlas bercinta
Perlu tahu apa niat sebenar Anda mencari cinta, adakah untuk suka-suka atau untuk mahu bahagia? Anda perlu jujur dengan diri sendiri, kerana kuasa niat akan menentukan hala tuju Anda. Tapi, lebih baik kiranya Anda ikhlas bercinta semata-mata mahu mengejar kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan.

"Life' s Greatest Gift Is Love
And Life's Greatest Joy Is Sharing It"


2. Berkawan Terlebih Dahulu
Di peringkat peringat awal Anda mengenali si dia, katakan pada diri sendiri Anda mahu kenali dia dan berkawan dengannya dulu. Bina perhubungan dan buat dia sentiasa gembira bila bersama dengan Anda dan tiap kali teringatkan Anda.

Cinta akan mula berputik bila keserasian dah timbul. Pendek kata, cinta akan datang dengan sendirinya juga nanti, jangan tergesa-gesa dan jangan terus menyatakan cinta di awal perhubungan. Tunggu 'timing' yang sesuai.

3. Jadikan Dia Seronok Mendampingi Anda.
Buat apa saja cara yang halal untuk menjadikan si dia gembira tiap kali berjumpa dengan Anda. Kongsikan cerita-cerita lucu, jenaka dan kisah-kisah lalu yang boleh membuat dia ketawa.

Bersedia untuk menjadi pendengar yang baik dan tegur bila dia meminta pendapat Anda, jangan jadi pengkritik tetap dan jangan pentingkan diri sendiri. Selain itu, bersedia tiap masa jika si dia perlukan Anda untuk meminta nasihat, pendapat dan berkongsi kegembiraannya.

Orang suka berdamping dengan seseorang yang memahami mereka dan yang suka memberi semangat pada mereka. Dengan itu, Anda akan melahirkan magnet diri yang membuat dia tak senang duduk dan sentiasa teringat Anda.

4. Berikan Cinta Untuk Menarik Cinta
Cinta bukan untuk kekasih hati saja, ia juga untuk kesemua orang disekeliling Anda, kawan-kawan baik, adik beradik, ibu bapa dan ahli keluarga lain. Berikan cinta pada ksesiapa sahaja, semua benda dan makhluk kerana bila Anda berbuat begitu, minda separa sedar akan menarik lebih banyak cinta datang pada Anda dan takkan pernah habis!

5. Fokus
Kalau Anda masih malu untuk menyatakan hasrat hati Anda, beranikan diri. Ikhtiar dari dalam dan dari luar. Berdoa dan berusaha step by step.

Fokus wajah si dia dalam fikiran Anda dan bayangkan yang Anda melihat diri Anda tertawa bersama, jalan bersama dan gembira bersama dengannya, walaupun sekarang belum lagi. Bayangkan sekerap yang mungkin dan hadirkan rasa sayang seolah-olah dia ada di sebelah Anda sekarang ini. Hadirkan rasa bahagia dalam diri Anda.

Bayangkan wajahnya seolah-olah Anda melihatnya dari dekat, keningnya, anak matanya, bibirnya dan senyumannya! Dalam masa yang sama, tanpa disedari Anda menghantar gelombang minda padanya, lama-lama kelamaan, ini menarik dia dan cintanya datang pada Anda.

Ingat, minda separa sedar bertindak mengikut Law Of Attraction, maksudnya, minda separa sedar akan respon pada apa saja yang ada di dalam fikiran Anda. Ia sensitif pada fikiran dan sukma rasa di dalam hati serta akan menarik apa jua yang Anda fikirkan datang pada Anda.

Jadi, untuk menarik cinta, lahirkan rasa cinta, bahagia dan rasa ambil berat dan tujukan pada orang yang Anda cintai sebanyak yang mungkin. To attract love, you need to think about love and feel the love.

Cinta Dan Filem

Awal tahun yang lalu, apabila saya menonton filem Ayat-Ayat Cinta, dada saya terasa lapang. Lapang kerana novel karya Habiburrahman El Shirazy ini benar-benar meruntun hati dan perasaan setiap insan.

Masih saya ingat seorang rakan lelaki yang sudah menonton acap kali filem ini di Jakarta , mengingatkan penulis agar pandai-pandai mengawal emosi, “jangan jadi seperti saya sih ngak bias kawal emosi… dua jam nangis terus”

Ya… kalau lelaki boleh menitiskan air mata, dalam hati saya bertanya… bagaimana pula dengan saya?

Saya terpesona dengan dunia cinta yang begitu indah. Watak-watak utama seperti Maria dan Farhi seperti meresap masuk ke jiwa dan berjaya melayari setiap babak demi babak apatah lagi dengan latar Kaherah yang mempersoanakan. Saya seperti cukup bahagia dan merasa cukup bertuah menyaksikan kisah cinta yang saya fikir bohong belaka.

Ya… dalam dunia realiti, seorang sahabat saya baru sahaja berpisah dengan suaminya. Cinta dibina selama hampir 10 tahun berakhir dengan perkahwinan 7 bulan. Lebih malang saya bersama cili hijau menyaksikan sendiri majlis perkahwinan mereka. Kami juga menjadi tetamu yang paling awal tiba kerana tidak sabar-sabar menyaksikan majlis persandingan mereka.

Saya mengenali Era sejak 10 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu hanya seorang lelaki yang tercatat dalam kamus hatinya. Kasih sayang era umpama kisah cinta maria kepada farhi, bezanya kedua-dua mereka sesama muslim. Saya sering berkata di dalam hati, alangkah bertuahnya era mempunyai seorang kekasih hati dan begitu juga lelaki tersebut yang saya anggap cukup beruntung memiliki era.

Kisah cinta saya dengan era jauh berbeza, memang saya bahagia tetapi saya meilihat era lebih bahagia dari apa yang saya kecapi. Tidak mengapalah… saya tumpang gembira. Setiap pagi pintu rumah kami diketuk dan bila saya mengintai saya lihat buah hati era sudah sedia menanti dengan senyuman untuk sama-sama bersarapan pagi. Makan tengah hari dan malam juga begitu.

Era kerap juga saya lihat menyiapkan masakan kegemaran buah hatinya. Adakalanya walaupun penat sebaik pulang dari kerja Era sanggup melakukannya. Alangkah agungnya cinta era… tidak cukup dengan itu era juga sanggup berkorban wang ringgit . sungguhpun saya kurang bersetuju namun sebagai kawan saya tetap menyokongnya.

Pada tahun 2006, saya hampir menitiskan air mata apabila memeluknya di hari persandingannya. Cili hijau pula tidak henti-henti memuji pelamin indah ilham era. Saya tahu selepas era mendirikan rumah tangga hubungan kami sudah tentu akan berbeza, mungkin saja tidak seperti dulu lagi.

Ya… benar. Lama juga saya tidak mendengar khabar darinya. Sms pun sudah jarang saya terima. Saya andaikan saja, era sedang berbahagia… namun saya dikejutkan dengan satu berita. Sahabat saya itu sudah berpisah! Lantas saja saya menghubunginya…bertanya khabar dengan harapan dia akan menceritakan perkara sebenar.

Ya… air matanya tumpah di hadapan saya. tubuhnya yang berisi kini kurus seperti lidi. Aduh… bertapa besarnya KUASA CINTA! Saya tidak mahu bertanya, kepada saya melihatkan airmatanya yang tumpah tanpa henti itu dan tubuhnya yang cengkung sudah cukup menjelakan apa yang berlaku.

SAYA TIDAK PERNAH PERCAYA PADA CINTA!!! Bagi saya cinta hanya satu sandiwara dan tidak ada sesiapapun yang layak memperolehnya. Sementara cinta yang tulus dan ikhlas hanya lahir dari skrip dan arahan pengarah-pengarah yang sengaja membohongi setiap jiwa kita yang bergelar manusia.

Kepada Filem Ayat-Ayat Cinta- terima kasih kerana berjaya membuatkan saya bahagia selama dua jam menontonnya. Saya percaya alunan dan luahan cintanya mampu menerobos hati dan perasaan sesiapa sahaja. Seperkara yang saya percaya dalam file mini ialah lirik lagunya yang berbunyi “bila bahagia mula menyentuh seaakan ku bias hidup lebih lama”…

Monday, November 17, 2008

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah


ini dan boleh kita amalkan:-
1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 1 0x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 1 0x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1 ,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 7 1 x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Fakta yang takla benar tapi hampir benar.....

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduhmencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'biskut kering queue'(apa bende aku pun tak tau) haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'c*bai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada. 11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

ha...ha...jgn marah ha...